awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Program Sentuhan Kasih MAIWP peruntuk bantuan tambahan RM35 juta

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
27/12/2021
11:15 MYT
Banjir: Program Sentuhan Kasih MAIWP peruntuk bantuan tambahan RM35 juta
Terdahulu, MAIWP telah menyalurkan bantuan awal RM2.25 juta kepada mangsa banjir di wilayah berkenaan melalui program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 1.0. - Gambar MAIWP
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan bantuan tambahan RM35 juta menerusi dana zakat untuk diagihkan melalui program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 2.0.
MAIWP dalam satu kenyataan berkata, peruntukan tersebut melibatkan bantuan RM10 juta kepada mangsa banjir di luar Wilayah Persekutuan melibatkan Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
“Selain itu, terdapat juga bantuan perubatan secara klinik bergerak sebanyak RM3 juta, membina semula rumah (RM3.5 juta), membaik pulih rumah (RM7 juta), membaik pulih masjid dan surau (RM10 juta) serta, membaik pulih maahad tahfiz, sekolah rendah agama dan tadika (RM1 juta).
“Antara lain, bantuan peralatan sekolah dan institusi pengajian tinggi (RM1 juta), moratorium kenderaan (RM3 juta), membaik pulih kenderaan (RM3 juta), bantuan tunai one-off (RM2 juta) dan menyelenggara pendawaian elektrik (RM500,000),” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Dalam pada itu, tambah MAIWP, pihaknya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak majlis agama Islam negeri-negeri atas kerjasama membantu mangsa banjir di wilayah itu.
“Kemampuan untuk menyediakan peruntukan yang besar berjaya dilaksanakan oleh MAIWP adalah hasil daripada komitmen para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Oleh itu, MAIWP merakamkan setinggi-tinggi rasa penghargaan kepada semua pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP kerana dengan zakat anda, MAIWP mampu melaksanakan amanah membantu mereka yang memerlukan.
“Diingatkan juga kini kita telah sampai ke penghujung tahun 2021, oleh itu bersihkanlah rezeki kita dengan bersama-sama MAIWP menunaikan tanggungjawab berzakat tersebut di www.zakat.com.my ataupun menerusi aplikasi MyZakat bagi membantu lebih ramai yang memerlukan,” katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa di lima negeri menurun
Terdahulu, MAIWP telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM2.25 juta kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di wilayah berkenaan melalui Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 1.0 yang bermula 23 hingga 26 Disember lalu.
Topic Berkaitan
#banjir
#MAIWP
#program sentuhan kasih
#bantuan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan