MALAYSIA
Banjir pulih di Sarawak, PPS Dewan Suarah Marudi ditutup
JPBN Sarawak memaklumkan bahawa dua mangsa terakhir daripada sebuah keluarga telah pulang ke rumah masing-masing hari ini. - Gambar fail/Bernama
SIBU: Keadaan banjir di Sarawak pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi, Miri, pada 9 pagi ini setelah dibuka sejak 17 Sept lepas.
Ringkasan AI
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan bahawa dua mangsa terakhir daripada sebuah keluarga telah pulang ke rumah masing-masing hari ini.
Sementara itu, laman Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bacaan paras sungai di stesen Long Teru terus menurun kepada 8.11 meter pada 12 tengah hari berbanding paras 8.19m pada pagi tadi, namun masih melebihi paras bahaya pada 8 meter.
Turut menunjukkan trend penurunan ialah paras air di stesen Marudi yang merekodkan bacaan 3.5 meter berbanding 3.59 meter pagi tadi, tetapi masih berada di atas paras bahaya 3.25 meter.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Semua PPS ditutup selepas PPS Dewan Suarah Marudi, Miri, menamatkan operasi pagi ini; dua mangsa terakhir sudah pulang ke rumah.
- Bacaan Sungai di Long Teru turun kepada 8.11m (paras bahaya 8m) dan di Marudi 3.5m (paras bahaya 3.25m), namun trend menurun.
- JPBN dan JPS terus memantau paras air walaupun keadaan banjir semakin pulih.