awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Rantau Panjang kini lumpuh, keseluruhan daerah ditenggelami air

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
27/02/2022
10:46 MYT
Banjir: Rantau Panjang kini lumpuh, keseluruhan daerah ditenggelami air
Daerah Rantau Panjang, Kelantan kini lumpuh selepas keseluruhan kawasan itu telah ditenggelami air. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Daerah Rantau Panjang, Kelantan kini lumpuh selepas keseluruhan kawasan itu telah ditenggelami air.
Pemerhatian wakil Astro AWANI di Kelantan, Muhafandi Muhammad mendapati lebih 3,000 orang mangsa di daerah itu telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Setakat ini 4,891 orang mangsa melibatkan 1,721 keluarga telah dipindahkan di 54 PPS yang dibuka sejak banjir melanda negeri itu.
Lebih membimbangkan, ada penduduk dikatakan masih terperangkap di kediaman mereka dan terpaksa berada di atas bumbung sementara menunggu pihak berkuasa menyelamatkan mereka.
Paras bacaan air Sungai Golok ketika ini mencapai 10.71 meter, hanya beberapa meter sahaja mencapai bacaan yang dicatatkan pada banjir besar tahun 2014.
Pemerhatian Astro AWANI turut mendapati beberapa laluan di daerah terbabit ditenggelami air sekali gus menyukarkan bantuan dihantar pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat ketika ini difahamkan sedang melakukan operasi menyelamat seorang lelaki yang hilang dihanyutkan arus deras di Rantau Panjang.
Lelaki terbabit dihanyutkan arus ketika sedang melintasi jalan di pekan terbabit.
Dalam pada itu, bekalan elektrik di Rantau Panjang turut dihentikan akibat bah yang melanda.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#Rantau Panjang
#pihak berkuasa
#COVID-19
#peningkatan
#paras air sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan