awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: 125 mangsa dipindahkan di dua daerah

Bernama
Bernama
22/09/2021
02:57 MYT
Banjir Sabah: 125 mangsa dipindahkan di dua daerah
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 125 orang daripada 38 keluarga pagi ini berbanding 54 orang daripada 17 keluarga malam tadi. -Gambar Facebook/Info Lalu Lintas Sabah
KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 125 orang daripada 38 keluarga pagi ini berbanding 54 orang daripada 17 keluarga malam tadi.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Kota Belud dan Sipitang.
Katanya 37 mangsa daripada 12 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Mini Mesapol di Sipitang, manakala 88 mangsa lagi ditempatkan di tiga lagi PPS di Kota Belud.
"Tiga PPS di daerah Kota Belud iaitu Dewan Muhibah Kampung Tombol menempatkan 22 mangsa daripada sembilan keluarga, Dewan SRJK Chung Hwa, 30 mangsa daripada lapan keluarga dan Dewan Sk Tamau, 36 mangsa daripada sembilan keluarga," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 40 kawasan di Kota Belud dan 13 kawasan di Sipitang terjejas selepas hujan berterusan menyebabkan paras air sungai naik dan melimpah ke kawasan kampung yang berdekatan.
Keadaan cuaca di daerah berkenaan tidak hujan namun semua agensi penyelamat sentiasa bersiap siaga jika berlaku sebarang pemindahan ke PPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir sabah
#Pusat Pemindahan Sementara
#Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah
#mati lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan