awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: 1,330 mangsa banjir di Beaufort dan Tenom dipindahkan ke PPS

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
11/05/2022
03:52 MYT
Banjir Sabah: 1,330 mangsa banjir di Beaufort dan Tenom dipindahkan ke PPS
Seramai 1,330 daripada 452 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS), di dua daerah di Sabah. - Ihsan APM Sabah
KOTA KINABALU: Seramai 1,330 daripada 452 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS), di dua daerah di Sabah, setakat 8 pagi Rabu.
Kemas kini Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dua daerah terlibat ialah Beaufort dan Tenom.
Sebanyak 12 PPS dibuka di daerah Tenom antaranya Rumah Kebudayaan Batu-Batu; Rumah Kebudayaan Pantangon Saga; Sekolah Kebangsaan Mandalam; dan Dewan Masyarakat Sri Antenom.
Manakala satu PPS dibuka di Beaufort dengan Dewan Selagon dengan menempatkan 193 mangsa daripada 51 keluarga.
Selain itu, kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort memaklumkan paras air banjir telah melanda 55 kawasan kampung di daerah beaufort dan lima di Membakut.
Menurutnya, ia membabitkan seramai 26 lelaki, 58 wanita dan 109 kanak-kanak termasuk 21 bayi daripada beberapa kampung terjejas.
“Cuaca hujan lebat di daerah Tenom, Isnin lalu, telah mengakibatkan paras air Sungai Padas berada pada tahap bahaya dengan bacaan 9.6 atas min aras laut (AMSL).
“Selain itu, penambahan air dari Sungai Kemabong dan Sungai Pegalan turut menyumbang kepada kenaikan paras di Sungai Padas ini,” katanya.
Jelasnya, pihak pengurusan empangan Hydro Pangi juga bertindak untuk membuka tiga pintu empangan bagi mengurangkan kuantiti air di empangan berkenaan dan ini telah mengakibatkan sungai Padas melepasi paras bahaya.
Dalam pada itu, jurucakap JPBD berkata, sebanyak 13 sekolah serta tadika sekitar Beaufort dan Membakut turut terjejas akibat banjir.
"Antaranya ialah Tadika Kemas Pintas, Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Klias Baru, Sekolah Kebangsaan (SK) Klias Baru, SK Lago, SK Suasa, SK Mempagar, SK St Paul dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lian Hwa.
“Selain itu, turut terjejas pusat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Kg Lago, KAFA Kg Suasa, KAFA Kg Bakalau, KAFA Kg Luagan dan KAFA Kg Kuala Balik serta Kg Brunei,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Beaufort Banjir
#Tenom
#Mangsa dipindahkan PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan