Banjir Sabah: 44 kampung terjejas banjir di Beaufort

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Januari 6, 2021 07:26 MYT
19 jalan utama berhampiran kawasan kampung-kampung terbabit turut terjejas dengan dua jalan tidak boleh dilalui kenderaan. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Beaufort
BEAUFORT: 44 buah kampung di daerah Beaufort di Sabah terjejas akibat banjir susulan hujan lebat sejak Isnin lalu.
Menurut laporan harian banjir yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Beaufort, Pusat Kawalan Operasi Banjir telah dibuka sejak Isnin bagi memantau situasi semasa.
19 jalan utama berhampiran kawasan kampung-kampung terbabit turut terjejas dengan dua jalan tidak boleh dilalui kenderaan.
Selain itu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir dibuka sejak Isnin bagi persediaan kemungkinan pemindahan penduduk terjejas banjir.
Tujuh agensi termasuk PDRM dan Bomba turut dikerah dan bersiap siaga sekiranya keadaan banjir memburuk.
#PDRM #banjir #bomba #operasi #banjir sabah #Beaufort