awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: 7 jalan terputus hubungan

Bernama
Bernama
25/01/2023
14:53 MYT
Banjir Sabah: 7 jalan terputus hubungan
JKR Sabah sebelum ini dilaporkan memaklumkan lima jalan di Kudat terputus hubungan iaitu Jalan Abdul Rahim, Jalan Sebayan, Jalan Datu, Jalan Bak Bak dan Jalan Lo Thein Chok. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh jalan di tiga di daerah negeri ini terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan akibat banjir, malam ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiga jalan adalah di Kudat iaitu Jalan Pinawantai, Jalan Kampung Pengaraban dan Jalan Indrasan.
Tiga lagi adalah di Pitas membabitkan Jalan Liu Malibang, Jalan Kabatasan dan Jalan Kanibongan manakala Jalan Teringai di Kota Marudu.
"Banjir berlaku akibat hujan lebat berterusan, Pelan Pengurusan Trafik telah dipasang di jalan terlibat dan pemantauan berterusan sedang dilakukan ketika ini," menurut kenyataan itu.
Menurut JKR Sabah, Jalan Nangoh-Paitan-Kanibongan di Beluran hanya boleh dilalui satu lorong akibat banjir.
Di Kudat, Jalan Sebayan terputus hubungan akibat tanah runtuh manakala kejadian cerun runtuh dikesan di Jalan Radtak Induon namun jalan itu masih boleh dilalui dengan pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati.
JKR Sabah sebelum ini dilaporkan memaklumkan lima jalan di Kudat terputus hubungan iaitu Jalan Abdul Rahim, Jalan Sebayan, Jalan Datu, Jalan Bak Bak dan Jalan Lo Thein Chok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Sabah
#jalan terputus hubungan
#Kudat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan