awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Hajiji ingatkan rakyat sentiasa waspada, jangan sambil lewa

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
02/01/2022
09:36 MYT
Banjir Sabah: Hajiji ingatkan rakyat sentiasa waspada, jangan sambil lewa
Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri Sabah pada ketika ini. - Astro AWANI.
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak ambil sikap sambil lewa terhadap situasi semasa banjir di negeri itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah telah mengaktifkan sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah yang terjejas.
"Pasukan keselamatan telah diarahkan untuk turun ke kawasan yang terjejas serta diletakkan dalam keadaan bersedia bagi kawasan berisiko tinggi untuk membantu mangsa.
"Bekalan makanan kecemasan turut disediakan untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir secepat mungkin oleh agensi yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan media, pada Ahad.
Beliau turut memberi jaminan keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri pada ketika ini.
"Oleh itu, saya mengesa semua pihak untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan Kerajaan negeri juga akan memastikan semua agensi di seluruh negeri bersedia untuk bertindak apabila perlu," katanya.
29 Disember lalu, Hajiji telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana di negeri ini diaktifkan sebagai persiapan berdepan cuaca buruk di pantai timur dan bahagian utara, seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Beliau akan menghadiri mesyuarat khas Pasukan Petugas Pengurusan Bencana Banjir Monsun Timur Laut secara maya yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
Setakat jam empat petang ini, Kota Marudu mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 969 mangsa melibatkan 353 keluarga.
Daerah lain yang terjejas ialah Sandakan dengan 61 mangsa, Kecil Paitan (50), Telupid (43) Beluran (38) dan Pitas (36).
Topic Berkaitan
#banjir
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sabah
#Datuk Seri Hajiji Noor
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan