awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah, Sarawak: Lebih 3,000 mangsa masih berlindung di PPS petang ini

Bernama
Bernama
11/01/2026
11:30 MYT
Banjir Sabah, Sarawak: Lebih 3,000 mangsa masih berlindung di PPS petang ini
Sebelas PPS yang ditutup melibatkan kawasan Samarahan, Gedong, Siburan dan Balai Ringin ekoran keadaan banjir yang semakin terkawal. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 4 petang tadi dengan 3,168 orang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 4,257 pada sebelah pagi.

Ringkasan AI
  • Jumlah mangsa banjir di Sarawak dan Sabah menurun kepada 3,168 orang pada petang, berbanding 4,257 pada pagi, dengan 29 PPS masih beroperasi di Sarawak dan 366 orang di Sabah.
  • Sebelas PPS ditutup di Sarawak ekoran keadaan banjir yang semakin terkawal, namun terdapat peningkatan jumlah mangsa di beberapa lokasi seperti di Serian dan Bintulu.
  • Di Sabah, kesemua 366 mangsa banjir di Beaufort ditempatkan di dua pusat pemindahan dengan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang.

Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan hanya 29 PPS masih aktif petang ini, menempatkan 2,802 mangsa daripada 864 keluarga, berbanding 41 PPS yang menempatkan 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga pada 8 pagi tadi.
Sebelas PPS yang ditutup melibatkan kawasan Samarahan, Gedong, Siburan dan Balai Ringin ekoran keadaan banjir yang semakin terkawal.
Bagaimanapun, JPBN memaklumkan jumlah mangsa mencatat peningkatan di beberapa lokasi, melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Krusen di Serian, serta PPS Dewan Suarah dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh di Bintulu.
Di Sabah, Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 366 orang daripada 138 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 367 orang daripada 137 keluarga pagi tadi.
Kesemua mangsa di daerah Beaufort itu ditempatkan di dua pusat pemindahan yang masih beroperasi dengan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang daripada 123 keluarga, manakala selebihnya di PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#mati lemas
#PPS
#JBPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan