[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Banjir Sarawak: 858 mangsa dipindahkan ke 12 PPS

Astro Awani 20/02/2021 | 01:45 MYT
Setakat ini, 12 PPS masih aktif di Sarawak, menempatkan 258 keluarga dari tiga daerah iaitu Kuching, Lundu dan Samarahan.
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 858 orang setakat jam 8 pagi hari ini, berbanding 718 yang direkodkan empat jam sebelumnya.
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan PPS Balai Raya Kampung Nangka, kedua-duanya di Samarahan.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporannya, 12 PPS masih aktif setakat ini, menempatkan 258 keluarga dari tiga daerah iaitu Kuching, Lundu dan Samarahan.
Berdasarkan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hari ini.
Kira-kira sebulan selepas gelombang pertama banjir di Sarawak, beberapa tempat di bandar raya ini sekali lagi dilanda banjir semalam berikutan hujan berterusan.
Semalam, lalu lintas terhenti menyebabkan berpuluh kenderaan terkandas selepas beberapa jalan utama ditenggelami air berikutan kenaikan air seawal subuh, memutuskan jalan darat utama ke daerah kejiranan seperti Kota Samarahan dan Serian.
#mangsa banjir #mati lemas #pusat pemindahan #mangsa #banjir #Kuching #PPS