[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Banjir Sarawak: Satu PPS tempatkan 33 mangsa masih aktif di Bintulu

Bernama 26/01/2025 | 01:45 MYT
PPS Rumah Steven di Daerah Tatau menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di daerah itu sejak Khamis lepas. - Gambar fail
KUCHING: Situasi banjir di Sarawak kekal dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Tatau, Bintulu, menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak.
PPS Rumah Steven di Daerah Tatau menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di daerah itu sejak Khamis lepas.
Jawatankuasa berkenaan turut membantu menyediakan makanan kering untuk 165 penduduk terjejas banjir di daerah Bintulu menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bintulu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pengagihan bantuan itu melibatkan penduduk di empat rumah panjang (Rh) yang terdiri Rh Alam, Rh Nyaing, Rh Jeffry Giri dan Rh Awang Inban. - BERNAMA
#banjir Sarawak #Pusat Pemindahan Sementara #PPS Rumah Steven #mangsa banjir