MALAYSIA
Banjir: Satu PPS dibuka di Kuala Muda
Setakat ini, 10 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah yang dibuka 12 tengah hari tadi. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kuala Muda, Kedah berikutan hujan berlarutan sejak tengah malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan setakat ini, 10 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah yang dibuka 12 tengah hari tadi.
"Kesemua mangsa adalah dari Mukim Sungai Petani yang melibatkan penduduk dari Kampung Bukit Belah," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, laman web rasmi Public Infobanjir memaparkan dua sungai di Kedah melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Jarak dekat Kulim dengan 5.33 meter (m) dan Sungai Titi Kerbau dekat Pendang (4.27m), manakala Sungai Pedu dekat Padang Terap melebihi tahap waspada (18.71m).
-- BERNAMA