awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Selangor: Rakit 'tong air' bantu mangsa

Bernama
Bernama
20/12/2021
21:45 MYT
Banjir Selangor: Rakit 'tong air' bantu mangsa
Rakit tersebut mengambil masa kira-kira sejam untuk disiapkan, dan boleh mengangkut maksimum enam orang. -Bernama
SEPANG: Rakit 'tong air' yang asalnya dibuat untuk mengangkut barang peribadi, akhirnya menjadi rakit 'penyelamat' memindahkan hampir 100 penduduk Kampung Sri Tanjung, Dengkil, di sini, yang terjejas banjir.
Dibina sekumpulan anak muda kampung berkenaan, rakit tersebut diperbuat daripada empat tong air besar sebagai pelampung, di samping kepingan pintu dan kayu terpakai sebagai tempat duduk, dawai pengikat dan batang buluh untuk dayung.
Muhammad Azrul Hisyam Mazlan, 26, berkata idea membina rakit itu timbul apabila air banjir mula naik di kampung itu pada Sabtu lepas (18 Dis) dan bersama rakan-rakannya, mereka berasa perlu berbuat sesuatu untuk menyelamatkan barang peribadi seperti motosikal.
"Mulanya kami buat untuk diri sendiri, tetapi selepas tengok ramai orang kampung terkandas dalam rumah dan tiada akses ke jalan utama, kami gunakan rakit itu untuk meredah banjir dan menyelamatkan mereka," katanya ketika ditemui di Kampung Sri Tanjung, pada Isnin.
Muhammad Azrul yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Sepang berkata rakit tersebut mengambil masa kira-kira sejam untuk disiapkan, dan boleh mengangkut maksimum enam orang.
Katanya dengan menggunakan rakit berkenaan mereka memindahkan mangsa banjir, terutamanya warga emas dan kanak-kanak ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama Kampung Ahmad Razali, Dengkil, sementara menunggu bantuan lain tiba.
Dengkil antara kawasan yang terjejas akibat banjir pada Sabtu lepas, dan tinjauan Bernama mendapati, kawasan seperti Taman Permata dan Kampung Semarang masih ditenggelami air, manakala kerja-kerja pembersihan mula dilakukan penduduk di kawasan yang telah surut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#banjir dengkil
#rakit tong air
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan