awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sri Muda: Air surut ke paras lutut, pintu kunci air dibuka

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/12/2021
01:00 MYT
Banjir Sri Muda: Air surut ke paras lutut, pintu kunci air dibuka
Penduduk dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan perumahan termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga jawatankuasa bencana memberi kebenaran. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Paras air di Seksyen 25, Taman Sri Muda, antara lokasi yang terjejas teruk akibat banjir semakin susut selepas pintu kunci air dibuka kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, beberapa unit pam air turut digunakan untuk mempercepatkan proses menyedut air ke sungai berhampiran.
"Saya juga menasihati orang ramai untuk mengutamakan keselamatan diri ketika banjir ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Tinjauan Astro AWANI sejak pukul 6.30 pagi ini mendapati, orang ramai sudah boleh melalui kawasan itu dengan hanya menggunakan kenderaan ringan.
Namun demikian difahamkan, penduduk dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan perumahan itu termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga jawatankuasa bencana memberi kebenaran.
Ia adalah bagi memastikan keselamatan penduduk dijamin sepenuhnya dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Juga difahamkan, kebenaran itu akan dikeluarkan dalam tempoh dua atau tiga hari.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#taman sri muda
#susut
#paras air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan