awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sri Muda: Kanak-kanak 2 tahun ditemui lemah, dikejar ke Hospital Klang

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/12/2021
16:15 MYT
Banjir Sri Muda: Kanak-kanak 2 tahun ditemui lemah, dikejar ke Hospital Klang
Kanak-kanak berkenaan berada bersama keluarganya di dalam rumah di kawasan yang dinaiki air. - Astro AWANI
SHAH ALAM : Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun didapati lemah dan mengalami simptom muntah-muntah dipercayai akibat kekurangan air di kawasan banjir Sri Muda, di sini, malam ini.
Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Klang, Dr Mohd Akmal Rahim berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui berada bersama keluarganya di dalam rumah di kawasan yang dinaiki air.
"Kanak-kanak ini telah terkandas di kawasan banjir selama dua hingga tiga hari dan telah muntah banyak kali.
"Air dalam badan sangat kurang jadi ia beri kesan kepada tekanan darah," katanya yang bertugas di kawasan itu ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu malam.
Banjir | Kanak-kanak ditemukan lemah, doktor minta bantuan
Terdahulu, pasukan perubatan terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis bagi membawa keluar kanak-kanak itu yang masih berada di rumah.
Sewaktu ditemui di rumahnya, mangsa dikatakan dalam keadaan kurang bertindak balas ketika pemeriksaan dilakukan.
Ujar Dr Mohd Akmal, kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#banjir sri muda
#kanak-kanak dua tahun
#mangsa banjir
#ditemui lemah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan