Banjir: Sri Muda masih ditenggelami, operasi menyedut air giat dijalankan

Hilmi Malik
Disember 21, 2021 03:49 MYT
Pokok tumbang serta air banjir di Sri Muda, Shah Alam. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Operasi menyedut air banjir keluar di kawasan Sri Muda, Shah Alam sedang giat dijalankan yang bermula sejak awal pagi Selasa.
Beberapa mesin menyedut air telah ditempatkan di kawasan sekitar dipercayai untuk disedut keluar menuju ke Sungai Klang.
Bagaimanapun tinjauan Astro AWANI mendapati sebahagian besar kawasan di Sri Muda masih lagi ditenggelami air.
Setakat ini, agensi pihak berkuasa juga telah ditempatkan di kawasan terjejas khususnya bagi menyelamatkan mangsa yang terkandas.
Ini termasuk bekalan agihan makanan yang telah digerakkan ke kawasan terjejas.
Difahamkan, masih terdapat mangsa yang masih belum memperoleh bantuan sepenuhnya.
Selain itu, pemerhatian Astro AWANI juga mendapati beberapa kedai runcit terpaksa dipecahkan berikutan situasi mendesak orang ramai mendapatkan keperluan harian.
Setakat semalam, jumlah korban yang direkodkan susulan insiden banjir seluruh negara ini adalah seramai 17 individu.
BACA: Banjir: 17 korban direkodkan di seluruh negara
#banjir #sri muda #shah alam #mangsa