awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sri Muda: Penyelamatan guna helikopter terlalu bahaya - Bomba

Fareez Azman
Fareez Azman
20/12/2021
12:12 MYT
Banjir Sri Muda: Penyelamatan guna helikopter terlalu bahaya - Bomba
Bomba cuba menggunakan kaedah 'winching' untuk mengeluarkan mangsa, namun angin daripada kipas helikopter mengakibatkan bumbung rumah tercabut. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah cuba menggunakan helikopter untuk menyelamatkan mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam, namun ia didapati terlalu berbahaya.
Demikian jelas Penguasa Kanan Bomba II Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Wahyudi Sayuhti, ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.
Jelasnya, pihaknya cuba menggunakan kaedah 'winching' untuk mengeluarkan mangsa, namun angin daripada kipas helikopter mengakibatkan bumbung rumah tercabut.
"Baru-baru ini kita gunakan kaedah 'winching' ini di Karak dan Bentong.
"Tapi apabila kami gunakan kaedah sama di Sri Muda, kami dapati atap-atap rumah tertanggal dan membahayakan penduduk," jelasnya.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Cerita Sebalik Berita: Perkembangan semasa di Taman Sri Muda
Tambah Wahyudi, keadaan rumah yang terlalu rapat juga menyukarkan pihaknya untuk menggunakan kaedah winching dalam operasi itu, sebaliknya penggunaan bot lebih selamat.
"Ia (penyelamatan menggunakan helikopter) bergantung kepada keadaan semasa dan bentuk banggunan tersebut, kalau gunakan di kawasan beratap zink lebih bahaya," katanya.
Terdahulu, tinjauan Astro AWANI menaiki helikopter JBPM di kawasan Hulu Langat dan Sri Muda mendapati beberapa bahagian masih ditenggelami air.
Ketika ini operasi menyelamatan sedang dijalankan menggunakan bot dan aset-aset air pelbagai agensi.
Topic Berkaitan
#banjir sri muda
#Banjir 2021
#operasi bomba
#operasi penyelamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan