awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sri Muda: PM arah semua agensi agresif bantu mangsa

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
20/12/2021
13:25 MYT
Banjir Sri Muda: PM arah semua agensi agresif bantu mangsa
Ismail Sabri berkata, sehingga petang ini sebanyak 41 bot, 16 lori juga aset-aset lain telah digerakkan ke Taman Sri Muda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri mengarahkan semua agensi mengatur kerja dengan lebih agresif untuk membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda dengan penambahan aset segera dilaksanakan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikannya hari ini, bersetuju isu banjir di Taman Seri Muda, perlu diselesaikan dengan kadar segera.
"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan semua agensi mengatur kerja dengan lebih agresif untuk membantu mangsa banjir di sana.
"Sehingga petang ini sebanyak 41 bot, 16 lori juga aset-aset lain telah digerakkan ke Taman Sri Muda dengan kekuatan anggota pasukan penyelamat seramai 321 orang.
"Selain itu, saya telah mengarahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menggerakkan segera 20 aset pam mudah alih ke kawasan yang terjejas, tambahan kepada empat buah pam sedia ada.
"Ini bertujuan untuk mengepam air dari kawasan yang mengalami banjir genang (yang biasa dikenali sebagai banjir termenung) ke sungai yang berhampiran.
"Pam-pam tambahan yang diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk yang dimiliki oleh JPS Selangor akan digunakan untuk mengalirkan air genang ke Sungai Kelang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Tragedi banjir Selangor: Bencana ragut 10 nyawa, satu masih hilang
Sementara itu, beliau turut bersetuju dengan cadangan supaya beberapa bahagian benteng sungai dipecahkan atau ditebuk buat sementara untuk mengalirkan air genang keluar ke sungai yang mana lokasi penebukannya sedang dimuktamadkan.
"Kerajaan juga mengalu-alukan sekiranya ada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tetapi perlu merujuk kepada Pusat Pengurusan Bencana Daerah terlebih dahulu," ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat itu juga telah mengemas kini mengenai peruntukan segera dan dana sedia ada bagi membantu mangsa banjir termasuk semua peruntukan dana yang telah diumumkan kepada isi rumah, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan terjejas akibat banjir.
Topic Berkaitan
#Banjir Taman Sri Muda
#banjir selangor
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan