Banjir Sri Muda: Polis sahkan kejadian pecah masuk kedai

Astro Awani
Disember 20, 2021 21:15 MYT
Beberapa rakaman kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial sejak malam tadi. -Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan berlaku beberapa kejadian pecah masuk kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang sedang mengalami banjir teruk.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1 tengah hari ke 2 petang antaranya membabitkan Mydin, KK Mart, 7-eleven dan pasar raya Gmart, lapor Bernama.
Katanya keadaan buat masa ini terkawal dan elemen cegah jenayah digerakkan dengan bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk memastikan tiada lagi kejadian pecah masuk kedai berlaku di kawasan tersebut.
Beberapa rakaman kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial sejak malam tadi.

Polis Shah Alam sahkan berlaku kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang sedang mengalami banjir teruk. Kejadian sekitar 2 petang itu melibatkan pasar raya Mydin, Gmart, KK Mart dan 7Eleven. Nur Khalidah Abdul Halim /Bernama pic.twitter.com/BZDeUN3aI8

— BERNAMA (@bernamadotcom) December 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Taman Sri Muda adalah antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir di Selangor dengan ramai terperangkap di rumah yang dinaiki air sehingga mencecah bumbung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Abd Latiff Ahmad, malam tadi dilapor berkata, penebukan benteng sungai dan pengepaman air banjir akan dilaksana secepat mungkin di kawasan itu untuk memulihkan keadaan secepat mungkin.
#banjir sri muda #banjir selangor #pecah masuk kedai #cari makanan