awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemukan lewat malam Isnin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/12/2021
16:24 MYT
Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemukan lewat malam Isnin
Kenderaan PDRM membawa keluar mayat dari kawasan Sri Muda pada lewat malam Isnin. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Satu lagi mayat telah ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda, di sini, malam Isnin.
Mayat tersebut, yang masih belum disahkan identiti dan jantinanya, dibawa menaiki bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kira-kira 11.45 malam Isnin, sebelum dibawa keluar menaiki trak Polis Diraja Malaysia.
Dengan penemuan terbaharu itu, ia menjadikan jumlah mangsa terkorban di Taman Sri Muda meningkat kepada lapan dan 11 secara keseluruhan untuk Selangor.
Setakat ini, Astro AWANI sedang cuba mendapatkan perincian lanjut dari pihak berkuasa.
Dalam pada itu, pemerhatian Astro AWANI mendapati, anggota bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus membawa keluar mangsa yang terperangkap di Taman Sri Muda, sejak tiga hari lepas.
SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Setakat ini, jumlah mangsa sebenar yang belum dijumpai masih tidak dapat dipastikan, termasuk yang dikhuatiri terkorban akibat lemas.
Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR
Keadaan gelap juga sedikit sebanyak menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR), selain kehadiran mereka yang tidak berkenaan di lokasi banjir berkenaan.
Topic Berkaitan
#banjir sri muda
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#mangsa banjir terkorban
#Angkatan Tentera Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan