Banjir: Sukarelawan datang bersihkan rumah buat warga emas ini sebak

Keluarga
Disember 27, 2021 01:05 MYT
Wanita warga emas (kanan) tidak dapat menahan sebak sebaik sekumpulan sukarelawan mengucapkan selamat tinggal dan beredar setelah membersihkan kediamannya yang dilanda banjir lumpur. -Twitter @e_pull
BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Kerja-kerja membersihkan kediaman yang dilanda banjir bukanlah kerja yang boleh dilakukan sehari dua.
Apa tidaknya satu rumah penuh dengan lumpur, barang dan perkakasan tunggang langgang, perabot banyak yang rosak dan semua ini perlu dibawa keluar sebelum proses mencuci dapat dilakukan.
Apabila ada yang menghulurkan tenaga dengan datang membantu membersihkan kediaman, nyata begitu dihargai oleh setiap mangsa banjir yang sukar diucapkan dengan kata-kata.
Ini sebagaimana perkongsian video di Twitter dari @e_pull yang merupakan antara sukarelawan yang berhati mulia menghulurkan bantuan dan khidmat kepada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat baru-baru ini.
Dilihat di dalam video tersebut, seorang wanita warga emas tidak dapat menahan sebak sebaik sekumpulan sukarelawan mengucapkan selamat tinggal dan beredar setelah membersihkan kediamannya yang dilanda banjir lumpur.

Harini aku turun Hulu Langat Batu 19 utk tolong apa yg mampu.. rumah makcik ni kami bersihkan sampai makcik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan . Maaf cik, kami tak ckup masa untuk kemas semuanya Dia bersuami tp tak der anak. pic.twitter.com/cwGuzRxp7T

— The Explorer (@e_pull) December 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Hari ni aku turun Hulu Langat Batu 19 untuk tolong apa yang mampu. Rumah makcik ni kami bersihkan sampai mak cik ni tak dapat tahan sedih kami tinggalkan.
“Maaf cik, kami tak cukup masa untuk kemas semuanya, dia bersuami tapi tak ada anak,” ciapnya.
Menurutnya, pada awalnya mereka tidak merancang untuk singgah di rumah makcik tersebut.
“Aku & team memang tak ada plan nak singgah rumah makcik ni, kami kebetulan lalu lorong ni, terus tanya ada apa nak tolong tak.
"Mak cik ni cakap minta tolong bersihkan rumah dia. Then, kami terus stop kemaskan,” ujarnya.
Perkongsian itu mendapat reaksi yang positif daripada orang ramai yang turut meluahkan rasa sebak selepas mendapat tahu wanita tersebut tidak mempunyai anak dan hanya tinggal berdua bersama suami.
Antara komen yang diberikan adalah seperti “yesss u see Malaysian..lepas dia tolong org dia yg ucap terima kasih. Lain betul level ni,” komen @namasayaadib.
Great job guys, air mata dia maknanya dia sangat-sangat berterima kasih dan terhutang budi, mana larat nak buat kalau tak ada anak yang tolong,” ujar @nanisazy.
“Kemaskan rumah lepas banjir serius penat. My in-law ada sembilan anak dan tujuh menantu lelaki.
"Ni masuk hari ke-3, still tak habis cuci rumah. Mula pukul 8 pagi stop pukul 7 malam,” kongsi @RpeaceAlias pula.
“Terima kasih bro and team, dan juga semua sukarelawan. Walaupun jem nak masuk Langat, masih semangat.
"Didoakan semoga ada sukarelawan yang akan meneruskan perjuangan untuk bantu mak cik ni dan semua mangsa.
"Sambil tu boleh beri sokongan emosi kepada mereka,” @kcwani1
Sumber : Twitter @e_pull
*Artikel asal di Keluarga
#mangsa banjir #warga emas #sukarelawan #rumah penuh lumpur