awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Sukarelawan perlu maklum Kerajaan Negeri Selangor untuk koordinasi - Amirudin

Bernama
Bernama
24/12/2021
07:15 MYT
Banjir: Sukarelawan perlu maklum Kerajaan Negeri Selangor untuk koordinasi - Amirudin
Amirudin berkata pihaknya mendapati kesesakan luar biasa berlaku di Hulu Langat semalam berikutan pergerakan masuk sejumlah besar petugas dan sukarelawan dari luar. - Bernama
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan, agensi dan sukarelawan yang menyertai misi bantuan mangsa banjir di Selangor perlu memaklumkan kehadiran mereka kepada kerajaan negeri, menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata pemaklumkan ini akan memudahkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri bagi mengkoordinasikan pergerakan sukarelawan, dan seterusnya menumpukan kawasan yang lebih memerlukan bantuan.
"Saya jangkakan menjelang perayaan Krismas menjelang hujung minggu ini, jumlah kehadiran (sukarelawan) akan lebih ramai, saya perlu melihat bagaimana koordinasi dapat dibuat.
"Bukan ingin menghalang (bantuan dan sukarelawan) tetapi mengelakkan sebarang pembaziran tenaga dan kerja, kerana penumpuan yang kurang di satu tempat tapi terlebih tumpu di satu tempat yang lain," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama Radio hari ini.
Amirudin berkata pihaknya mendapati kesesakan luar biasa berlaku di Hulu Langat semalam berikutan pergerakan masuk sejumlah besar petugas dan sukarelawan dari luar.
Oleh itu, beliau mengarahkan Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor Mohd Khairuddin Othman dan Pegawai Daerah Hulu Langat, untuk berjumpa dengan pihak terlibat bagi membantu koordinasi serta mengelakkan kesesakan dan ketidakselesaan di beberapa lokaliti.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kerajaan negeri itu telah menubuhkan Pusat Koordinasi Sukarelawan Selangor bagi menyelaras semua bantuan dan tenaga kerja sukarelawan yang ingin membantu misi bantuan bencana banjir di kawasan terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukarelawan
#banjir
#Amirudin Shari
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan