MALAYSIA
Banjir Taiping: Suami kendong isteri dalam pantang, bayi empat hari
Azan Shah (kanan) bersama keluarganya di PPS SK Simpang hari ini.
TAIPING: Seorang lelaki terpaksa meredah banjir sambil mengendong isterinya yang masih dalam pantang selepas rumah mereka di Kampung Jelapang Jaya, Simpang, di sini, dinaiki air, pada malam Jumaat.
Ringkasan AI
Azan Shah Mohd Zanidi, 26, berkata selepas meletakkan isterinya di dalam kereta, dia berpatah ke rumah untuk menyelamatkan dua anaknya, termasuk bayi yang berusia empat hari.
Menceritakan perasaannya ketika itu, Azan Shah berkata, dia hanya memikirkan soal keselamatan isteri Nurul Najahhatul Farihah Zainal Abiddin, 26, serta anak-anaknya, Muhammad Adam Firdaus, 6, dan Muhammad Adib Hazim.
“Waktu itu air dalam parit melimpah dengan sangat cepat dan memang sudah sampai paras paha.
“Saya nekad dukung isteri bawa keluar rumah dan hantar ke kereta, lepas itu baru ambil anak,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang, di sini, hari ini.
Menurutnya, ketika itu, dia sangat bimbang tidak sempat keluar disebabkan paras air semakin tinggi.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat tiba ke PPS SK Simpang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang melawat PPS itu berkata, beliau akan memindahkan keluarga tersebut ke sebuah hotel.
Selain itu, beliau turut memindahkan warga emas yang mengalami sakit kronik ke hotel yang sama.
“Apa yang penting sekarang ialah keselamatan dan juga kesihatan setiap mangsa banjir,” katanya.
Setakat jam 6 petang Jumaat, seramai 399 mangsa daripada 127 keluarga melibatkan Kampung Jelapang Jaya, Taman Simpang Makmur, Kampung Sungai Batu Teguh, Taman Simpang dan Kampung Baru Simpang masih ditempatkan di PPS SK Simpang
Ringkasan AI
- Seorang lelaki, Azan Shah Mohd Zanidi, terpaksa meredah banjir sambil mengendong isterinya yang masih dalam pantang sebelum menyelamatkan dua anaknya termasuk bayi berusia empat hari selepas rumah mereka di Kampung Jelapang Jaya, Simpang dinaiki air malam Jumaat.
- Mereka sekeluarga selamat tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Simpang, dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, memaklumkan keluarga itu akan dipindahkan ke sebuah hotel bersama warga emas yang sakit kronik.
- Setakat jam 6 petang Jumaat, seramai 399 mangsa daripada 127 keluarga dari lima kawasan terjejas masih ditempatkan di PPS SK Simpang.