Banjir: Tak mahu aktiviti rakyat terganggu, pembaikan jalan perlu disegera - PM

Bernama
Disember 21, 2021 06:25 MYT
Perdana Menteri (tiga, kiri) melakukan tinjauan di kawasan tanah runtuh di Bukit Tangga iaitu merupakan laluan menuju Jalan Seremban-Simpang Pertang yang menghubungkan antara Jalan Pantai dan Jeram Toi hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerja-kerja pembaikan jalan raya akibat tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan dilakukan dengan cepat bagi membolehkan akses jalan raya dapat dilalui antara Seremban-Jelebu.
Menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan aktiviti harian rakyat tidak terganggu.
"Jalan utama ini digunakan oleh ramai rakyat untuk ke bandar utama. Kita tidak mahu aktiviti harian rakyat tersekat," kata Perdana Menteri yang turun meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, yang merupakan lokasi pertamanya dalam lawatan ke negeri itu.
[LAPOR LANGSUNG] Sembilan terkorban akibat banjir di Shah Alam
BACA: Lima kanak-kanak antara 19 diselamatkan dalam insiden tanah runtuh di Kuala Klawang
Pada Ahad lepas, media melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Tangga menghala Jelebu, susulan hujan lebat.
-- BERNAMA
#Banjir 2021 #Perdana Menteri #tanah runtuh #Jelebu