KUALA TERENGGANU: Bantuan Khas Tunai RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Terengganu dijangka mula diagihkan pada Januari hingga Februari depan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata proses itu akan mengambil sedikit masa kerana pihaknya perlu meneliti serta mendapatkan senarai mangsa daripada jabatan serta agensi yang bertanggungjawab menyelaraskan urusan berkenaan.
Beliau berkata 10,000 KIR dijangka akan menerima bantuan itu bagi meringankan beban selepas mengalami kerugian harta benda akibat banjir teruk bermula 18 Dis lepas.
"Mekanisme (bantuan) adalah seperti amalan sebelum ini iaitu secara tunai untuk ringankan beban mangsa," katanya ketika ditemui selepas Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini, hari ini.
Menurutnya bagi bantuan selain wang tunai, ia akan diteliti oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat, yang kemudiannya akan dikemukakan kepada kerajaan negeri, dan ketika ini kerajaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan pasca banjir bagi membolehkan mangsa dapat pulang ke rumah dengan selamat.
"Paling penting semua mangsa dapat pulang ke rumah, untuk seminggu ini fokus kepada kerja pembersihan dahulu. Keperluan lain akan diteliti oleh JPKK masing-masing kerana masalah setiap orang tak sama," katanya.
Sementara itu Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata beliau akan memohon supaya kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring Fasa Dua bagi mengatasi masalah banjir teruk di kawasan Kuala Nerus.
Katanya projek fasa satu yang telah dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini juga perlu kepada penambahbaikan bagi menghadapi banjir luar jangka seperti yang berlaku minggu lepas.
"Banjir kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah. Projek tebatan yang direka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) sebelum ini adalah berdasarkan keadaan lama.
"Berdasarkan situasi semasa perlu ada penambahbaikan untuk tebatan lama. Insya-Allah JKR dan JPS akan cari jalan untuk selesai perkara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Ahmad Samsuri berkata proses itu akan mengambil sedikit masa kerana pihaknya perlu meneliti serta mendapatkan senarai mangsa daripada jabatan serta agensi yang bertanggungjawab. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh
Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Pesara bungkus perabot elak terkena banjir
Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS
Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup
Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).