awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Hampir 50 meter jalan Kampung Lubuk Panjang runtuh

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
03/12/2021
09:04 MYT
Banjir Terengganu: Hampir 50 meter jalan Kampung Lubuk Panjang runtuh
Runtuhan itu dipercayai berlaku selepas arus air sungai yang deras di kawasan berdekatan melimpah. - Foto Astro AWANI
SETIU: Hampir 50 meter jalan di Kampung Lubuk Panjang di Chalok, Setiu runtuh berikutan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak dua hari lalu.
Runtuhan itu dipercayai berlaku selepas arus air sungai yang deras di kawasan berdekatan melimpah.
Menurut seorang penduduk Abdul Rahman Dollah, 58, runtuhan jalan itu disedari penduduk sekitar jam 7.30 pagi Jumaat.
Katanya jalan yang terletak kira-kira 10 meter dari kediamannya itu baru sahaja dibaik pulih kira-kira dua bulan lalu.
“Jalan baru buat dua bulan dah runtuh. Dahulu jalan ini asalnya rendah. Lokasi di tempat laluan air laju. Lepas itu apabila kontraktor buat jalan tinggi jadi apabila tinggi air tak sempat lalu, rumah pun air naik dengan mendadak. Jalan pun runtuh habis dengan tar-tar ini hanyut habis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata setiap tahun kawasan itu pasti dinaiki air namun pada kali ini ia lebih besar berbanding kebiasaannya.
Terdahulu, dua daerah di negeri Terengganu mula dilanda banjir dan menyebabkan lebih 100 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Banjir yang memasuki hari kedua di negeri itu menyaksikan daerah Setiu menjadi daerah terbaharu yang dilanda bencana alam itu selepas daerah Kuala Nerus.
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#Kampung lubuk Panjang
#Setiu
#jalan runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan