awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Polis siasat video tular cetus keresahan masyarakat

Bernama
Bernama
21/12/2022
07:48 MYT
Banjir Terengganu: Polis siasat video tular cetus keresahan masyarakat
Datuk Rohaimi Md Isa berkata video yang disebarkan di aplikasi Tik Tok beberapa hari lepas itu telah mencetuskan kebimbangan orang ramai yang menggunakan jambatan berkenaan.- Bernama
KUALA NERUS: Polis Terengganu telah membuka kertas siasatan berhubung sebuah video yang tular di laman media sosial yang mendakwa kononnya Jambatan Manir di Kuala Terengganu akan runtuh disebabkan banjir.
Ketua Polis negeri Datuk Rohaimi Md Isa berkata video yang disebarkan di aplikasi TikTok beberapa hari lepas itu telah mencetuskan kebimbangan orang ramai yang menggunakan jambatan berkenaan sebagai laluan penghubung utama antara Kuala Terengganu ke Kuala Nerus.
Beliau berkata kertas siasatan itu dibuka setelah mendapat aduan rasmi daripada seorang pegawai polis trafik yang membuat laporan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu petang semalam.
"Walaupun rakaman itu dilihat seolah-olah nasihat dan tidak memburukkan mana-mana agensi, ia tetap menimbulkan kegusaran awam kerana didakwa bahaya... akan runtuh.
"Ini adalah kenyataan tidak benar... bukan fakta kerana tak dapat pengesahan daripada mana-mana pihak berkuasa yang sah," katanya selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak di sini, hari ini.-- LAGI
Menurut Rohaimi pemilik akaun TikTok itu sudah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan dilakukan termasuk mengambil keterangan daripada individu berkenaan.
Menurut beliau kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan atas kesalahan penyebaran berita yang menimbulkan ketakutan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.
"Video itu telah menggangu laluan trafik sekali gus menyukarkan tugas anggota trafik kerana ia menyebabkan kesesakan trafik di laluan lain apabila pengguna mengelak daripada menggunakan jambatan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#media sosial
#video tular
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan