awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Terengganu sediakan hospital sementara di setiap daerah

Bernama
Bernama
29/09/2022
22:15 MYT
Banjir: Terengganu sediakan hospital sementara di setiap daerah
Hanafiah (dua, kanan) ketika hadir pada Program Hari Sayyidatina Aishah 2022 dan melancarkan Dasar Wanita Terengganu yang disempurnakan Siti Zailah (dua, kiri) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, 29 Sept 2022. --fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu akan menyediakan hospital sementara di setiap daerah sebagai persiapan sekiranya berlaku banjir besar seperti yang diramal pada hujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata ia bagi memudahkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang mengalami masalah kesihatan mendapatkan rawatan awal daripada pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital besar.
"Saya telah maklumkan kepada semua pegawai daerah bahawa tahun ini selain daripada bilik pengasingan COVID-19 perlu ada satu lagi bilik iaitu hospital sementara kerana dibimbangi jika berlaku banjir besar hospital akan ada ramai pesakit.
"Jadi, di hospital sementara ini para doktor akan memberi nasihat atau rawatan awal sebelum dibawa ke hospital besar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Sayyidatina Aishah 2022 dan melancarkan Dasar Wanita Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dekat sini semalam, yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Hanafiah juga berkata makanan dan barangan keperluan yang bakal diagihkan kepada mangsa banjir akan ditempatkan di pengkalan hadapan di seluruh negeri pada awal Oktober ini.
Dalam perkembangan sama, Hanafiah menasihatkan masyarakat supaya tidak panik mengenai kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang menyatakan persiapan tetap perlu dilakukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk risiko bencana empangan pecah.
"NADMA jangkakan hujan tahun ini sangat banyak dan air melimpah. Agensi itu memberitahu ada kemungkinan (empangan pecah), tetapi setakat ini TNB (Tenaga Nasional Berhad) memberi harapan (jaminan) ia (Empangan Kenyir) selamat. Insya-Allah tidak berlaku apa-apa," katanya.
Pada Selasa selepas, Bernama melaporkan semua agensi termasuk anggota komuniti perlu peka terhadap risiko bencana empangan bagi memastikan kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum terutama menjelang musim Monsun Timur Laut November ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) NADMA Meor Ismail Meor Akim berkata walaupun teknologi mengatakan bahawa empangan tidak akan pecah, persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#hospital sementara
#PPS
#rawatan awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan