awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
Remaja dikaitkan JI, Malaysia pilih pendekatan pemulihan - Ayob Khan
MCTC gesa orang ramai tidak sokong premis benarkan pekerja merokok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir termenung di Kedah, 19 mangsa masih di PPS

Bernama
Bernama
10/10/2025
01:50 MYT
Banjir termenung di Kedah, 19 mangsa masih di PPS
Mangsa belum dibenarkan pulang kerana rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung. - Gambar hiasan/JBPN
ALOR SETAR: Sebanyak 19 orang daripada enam keluarga masih berlindung di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar pagi ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Langgar, di sini yang dibuka sejak Ahad lepas.
"Mangsa belum dibenarkan pulang kerana rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung, namun jumlah mangsa terus berkurangan kepada 19 orang berbanding 107 orang semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata paras air Sungai Janing di Padang Terap mencatat bacaan 26.17 meter (m) melebihi paras amaran 26m manakala Sungai Pendang di Pendang merekodkan bacaan 2.21m melebihi paras waspada 2.2m.
Sungai Ketil di Baling pula mencatat 59.7m melebihi paras waspada 59.4m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#banjir termenung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan