awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Tiada keperluan isytihar darurat bencana di Johor

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/03/2023
08:41 MYT
Banjir: Tiada keperluan isytihar darurat bencana di Johor
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat bencana di Johor susulan banjir yang melanda negeri itu. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk mengeluarkan perintah darurat berhubung insiden banjir yang terburuk berlaku di negeri Johor.
Menteri Komunikasi Dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan setiap kementerian untuk meneliti segala permasalahan yang mampu menyegerakan bantuan buat mangsa banjir di negeri itu.
"Setiap Menteri juga telah diarah untuk melihat aspek kementerian masing-masing untuk segerakan bantuan di Johor.
"Misalnya bagi Kementerian Komunikasi, kita akan fokus berhubung rangkaian telekomunikasi dan saya juga telah arahkan SKMM untuk lihat semua menara pencawang yang terjejas.
"Setakat semalam, sejumlah 90 pencawang telah terkesan akibat banjir dan perlu dibaiki segera... setakat hari ini kita belum terima sebarang angka penambahan.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, soal infrastruktur jalan raya juga akan diberi tumpuan.
"Kita akan bantu kerajaan negeri Johor termasuk soal untuk bina semula jambatan dan laluan yang telah rosak.
"Apa yang diteliti ialah lebih kepada aset-aset kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri juga telah berada di beberapa lokasi banjir dan melihat perkara yang perlu digerakkan segera.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat juga telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan khas sejumlah RM50 juta kepada kerajaan negeri Johor.
Menurutnya, peruntukan itu akan digunakan bagi membantu mangsa banjir serta keperluan-keperluan segera di negeri itu.
Topic Berkaitan
#banjir
#Fahmi Fadzil
#pusat pemindahan
#isytihar darurat bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan