awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Tiada keperluan wujud hospital medan - Mohamad Hasan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/03/2023
08:23 MYT
Banjir: Tiada keperluan wujud hospital medan - Mohamad Hasan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang media selepas melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman hari ini. - Foto BERNAMA
SEGAMAT: Tiada keperluan untuk mewujudkan hospital medan bagi merawat mangsa banjir di seluruh negara ketika ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun angka mangsa banjir mencatatkan peningkatan, namun petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di semua hospital dan klinik kerajaan mencukupi untuk memberi rawatan kepada mangsa banjir.
“Keperluan hospital medan tak perlu, kerana kita punya hospital di daerah-daerah ada, dan klinik-klinik kesihatan kita banyak.
“Tapi dalam masa sama (Ketika) banjir ini, kor perubatan kita memang ada bergerak, tapi tak letak di satu tempat kerana banyak pusat pemindahan sementara (PPS), (mereka) akan bergerak dari satu PPS ke satu PPS, mobile, tak letak di satu tempat.
“Jadi, kor perubatan kita sentiasa bergerak untuk bantu anggota KKM punya untuk beri rawatan kesihatan segera… dan yang mana tak boleh dirawat (di situ), kita hantar ke hospital,” jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman, Kampung Gubah, di sini pada Sabtu.
Mohamad memaklumkan, hospital di daerah-daerah dan klinik-klinik kesihatan masih mencukupi dan dalam masa sama Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut digerakkan ke PPS.
Katanya, pasukan itu akan bergerak mengikut keperluan bagi membantu pasukan KKM termasuk menghantar pesakit ke hospital berhampiran.
Topic Berkaitan
#Hospital Medan
#banjir johor
#Menteri Pertahanan Mohamad Hasan
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan