KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memberikan bantuan berjumlah RM5,000 hingga RM10,000 kepada setiap mangsa banjir mengikut keadaan serta kesan kerugian yang dialami.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu mesti diambil selepas kerajaan tidak membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Kerajaan mesti segera menyalurkan bantuan kewangan kepada semua mangsa banjir yang terkesan. Semua mangsa banjir saat ini dalam keadaan yang cukup derita dan terdesak tatkala mereka kini dibebankan dengan kerugian yang amat dahsyat.
"Usah tambah beban rakyat dengan kerenah birokrasi yang melampau yang hanya melambatkan proses menyalurkan bantuan," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya di sini, pada Isnin.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kerajaan perlu mempunyai rancangan dan jalan baharu dalam mengemudi negara, terutamanya pada masa krisis serta dalam aspek menyalurkan bantuan kepada rakyat.
[LAPOR LANGSUNG] Paras sungai tahap bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelbagai bentuk bantuan disediakan kepada mangsa banjir di seluruh negara, dengan sebahagian besar dana bantuan dikhususkan kepada ketua isi rumah (KIR).
Selain bantuan wang tunai RM2,500 untuk pembelian barangan keperluan serta bantuan membina rumah baharu sehingga RM56,000, beliau juga mengumumkan bantuan tunai sehingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja-kerja pembaikan rumah kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan yang tidak serius.
Bagi kerosakan serius pula, kerajaan sendiri akan mengurus baik pulih rumah dengan kos sehingga RM15,000, sementara bagi rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, kerajaan akan membantu sehingga kos RM56,000 setiap unit rumah dibina baru.
Astro Awani
Mon Jan 03 2022

Anwar berkata, kerajaan mesti ada rancangan dan jalan baharu dalam mengemudi negara, terutamanya pada saat krisis serta dalam aspek menyalurkan bantuan kepada rakyat. - Gambar fail/BERNAMA

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.

PGA9 rampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta dalam rumah kedai
Kesemua rokok seludup ini dipercayai untuk pasaran dalam dan luar Kelantan.

Pemilihan PKR 2022: Cabang Lembah Pantai menang tanpa bertanding
Proses pemilihan yang berlangsung hari ini hanya melibatkan jawatan di peringkat pusat.

Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib'
Terdapat banyak kekangan atau syarat yang diletakkan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.

Kerajaan perlu teliti cadangan pengambilalihan Sapura Energy oleh Petronas - Tok Pa
Pelbagai pihak telah memberikan cadangan kepada kerajaan berhubung perkara berkenaan.

Pengundian pemilihan PKR 2022 buka tirai hari ini
Pemilihan PKR 2022 membuka tirainya hari ini yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Jadikan kombinasi hujah debat Najib-Anwar kerangka dasar negara - Zahid
Wacana intelektual harus diadakan dengan lebih kerap supaya bukan hanya mahu merungkaikan permasalahan sesuatu kumpulan, lebih penting supaya rakyat diberikan kefahaman.

Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara
Najib pernah menjadi Menteri Kewangan antara 2008 hingga 2013, manakala Anwar pula antara 1991 hingga 1998.

'Kalau ada GST, rakyat lebih senang hari ini' - Najib
Datuk Seri Najib Razak yakin nasib rakyat Malaysia akan lebih senang hari ini jika sistem cukai itu masih dilaksanakan.

Debat Perdana: Rakyat pemenang sebenar - Penganalisis politik
Ia merupakan platform yang memberikan rakyat peluang untuk membuat penilaian tentang isu yang dibangkitkan, secara langsung dan terus.

Debat Perdana: Najib mahu 'besarkan kek ekonomi', Anwar jawab 'jangan makan kek seorang'
Najib mendakwa, PH hanya mengecilkan 'kek ekonomi' dengan mengambil langkah menjual aset kerajaan sewaktu 22 bulan memerintah

"Saya beza dengan Najib" - Anwar sedia siasatan skandal Forex dibuka
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kalau betul tindakan mahu diambil, masalah utama yang perlu diselesaikan adalah berkaitan rasuah.