awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: TNB tutup bekalan elektrik sekitar Kuantan

Bernama
Bernama
17/12/2025
05:00 MYT
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik sekitar Kuantan
Menurut TNB, penutupan bekalan elektrik ini demi keselamatan pengguna setempat. - Foto FB TNB
KUANTAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik sekitar daerah itu, susulan hujan berterusan dan banjir.

Ringkasan AI
  • TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kuantan susulan kesan hujan dan banjir yang berterusan.
  • Pencawang elektrik yang terjejas termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai dan beberapa kawasan perumahan.
  • Infobencana JKM mencatatkan 2,860 mangsa banjir ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara di Kuantan, Maran, dan Rompin.

TNB menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pencawang elektrik yang terjejas berikutan penutupan bekalan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Seri Damai Sejahtera 1 dan 2,Lorong Seri Damai Jaya 9, Jalan Seri Damai Jaya 1/13 dan Mat Kilau.
"Penutupan bekalan elektrik ini demi keselamatan pengguna setempat," menurut hantaran itu.
Pihak TNB turut menasihatkan pengguna supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik, sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi kekotoran.
Setakat 12 tengah hari, aplikasi Infobencana JKM merekodkan sebanyak 2,860 mangsa banjir daripada 889 keluarga ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuantan, Maran dan Rompin.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#banjir
#Kuantan
#TNB
#tutup bekalan elektrik
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan