MALAYSIA
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik sekitar Kuantan
Menurut TNB, penutupan bekalan elektrik ini demi keselamatan pengguna setempat. - Foto FB TNB
KUANTAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik sekitar daerah itu, susulan hujan berterusan dan banjir.
Ringkasan AI
TNB menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa pencawang elektrik yang terjejas berikutan penutupan bekalan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Seri Damai Sejahtera 1 dan 2,Lorong Seri Damai Jaya 9, Jalan Seri Damai Jaya 1/13 dan Mat Kilau.
"Penutupan bekalan elektrik ini demi keselamatan pengguna setempat," menurut hantaran itu.
Pihak TNB turut menasihatkan pengguna supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik, sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi kekotoran.
Setakat 12 tengah hari, aplikasi Infobencana JKM merekodkan sebanyak 2,860 mangsa banjir daripada 889 keluarga ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuantan, Maran dan Rompin.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kuantan susulan kesan hujan dan banjir yang berterusan.
- Pencawang elektrik yang terjejas termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai dan beberapa kawasan perumahan.
- Infobencana JKM mencatatkan 2,860 mangsa banjir ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara di Kuantan, Maran, dan Rompin.