awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Umat Islam diseru adakan solat hajat, bacaan Yasin

Bernama
Bernama
23/12/2021
06:43 MYT
Banjir: Umat Islam diseru adakan solat hajat, bacaan Yasin
Jakim telah diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib malam ini di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh negara diseru melaksanakan solat sunat hajat dan membaca surah Yasin bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara, susulan bencana banjir yang melanda negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin selepas solat Maghrib malam ini di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
"Saya juga memohon kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.
"Pada malam ini, saya dan anggota agensi hal ehwal Islam akan bersama-sama para jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut meminta kerjasama jabatan agama Islam negeri agar bersama-sama mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin di masjid dan surau di negeri masing-masing bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#solat hajat
#bacaan Yasin
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan