awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: UTM bangunkan sistem amaran bahasa isyarat

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/01/2021
02:45 MYT
Banjir: UTM bangunkan sistem amaran bahasa isyarat
Prof. Dr Shamsul Sahibuddin (dua dari kiri) bersama Dr. Khamarrul Azahari Razak (dua dari kanan) bergambar sebelum melepaskan peserta Misi Bantuan Bencana DPPC dan Misi Penilaian Rapid 2021 di UTM Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI / Fauzi Suhaimi
KUALA LUMPUR:Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) komited untuk membangunkan sistem amaran bahasa isyarat kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).
Pengarah DPPC, Dr. Khamarrul Azahari Razak berkata, usaha tersebut bagi memudahkan golongan berkenaan memahami maklumat awal tentang keselamatan ketika berdepan bencana seperti banjir.
"Sebenarnya, ramai orang pekak yang ada di Pusat Pemerintahan Sementara (PPS) dan juga di lokasi banjir tetapi mereka boleh faham bentuk amaran yang dikeluarkan.
"Ada juga antara mereka adalah golongan tercicir kerana tidak memahami maklumat amaran khususnya cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika berlaku bencana.
Pro- Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur, Prof. Dr Shamsul Sahibuddin hadir melancarkan Misi Bantuan Bencana DPPC dan Misi Penilaian Rapid 2021 di UTM Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Pro- Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur, Prof. Dr Shamsul Sahibuddin hadir melancarkan Misi Bantuan Bencana DPPC dan Misi Penilaian Rapid 2021 di UTM Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
"Sehubungan itu, UTM dengan kerjasama MSDeaf akan mengeluarkan siri dokumentasi termasuk bahan manual rujukan bahasa isyarat supaya kalau (golongan tersebut) diminta berpindah, mereka turut memahami amaran itu," katanya di sini pada Jumaat.
Terdahulu Pro-Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur, Prof. Dr Shamsul Sahibuddin hadir melancarkan Misi Bantuan Bencana DPPC dan Misi Penilaian Rapid 2021 di sini pada Jumaat.
Misi khas ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan dibawah penyeliaan NADIM disamping membuat pemantauan dan pemerhatian kesan musim monsun. - Gambar Astro AWANI
Misi khas ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan dibawah penyeliaan NADIM disamping membuat pemantauan dan pemerhatian kesan musim monsun. - Gambar Astro AWANI
Dalam pada itu, Khamarrul Azahari berkata, selain menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, misi itu turut membuat pemantauan dan pemerhatian kesan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang menyebabkan kejadian banjir, tanah runtuh dan air pasang di beberapa negeri.
Menurut beliau, pasukan itu juga akan mengkaji apakah amalan praktikal terbaik untuk diamalkan, tahap komitmen penduduk sekitar dan memahami keperluan serta tuntutan terhadap kemungkinan risiko yang timbul.
“Misi khas ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan di bawah penyeliaan Persatuan Pengurusan Bencana Nasional (NADIM) disamping membuat pemantauan dan pemerhatian kesan musim monsun.
“Antara agensi yang terlibat dalam misi ini termasuk Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan I-Divers,” jelasnya.
Sementara itu, Shamsul menambah, misi berkenaan akan digerakkan selama lima hari membabitkan 30 peserta dikerahkan di beberapa daerah terjejas yang akan bermula di Kluang, Johor dan berakhir di Maran, Pahang.
“Misi ini juga merupakan yang pertama seumpamanya diadakan UTM bagi melihat kesan kejadian bencana untuk data yang lebih baik bagi persediaan bencana pada masa akan datang,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#JBPM
#mangsa banjir
#PPS
#Pahang
#OKU
#mangsa
#banjir
#UTM
#APM
#NADMA
#JICA
#orang peka
#misi bantuan banjir
#amaran bencana bahasa isyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan