KUALA BERANG: Seorang wanita warga emas di Kampung Bukit Gemuroh di sini tidak akan melupakan detik cemas dilaluinya semasa banjir luar biasa Ahad lepas, ketika terpaksa mengharungi arus deras dan menaiki traktor untuk menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi.
Timah Said, 68, berkata dia menyedari air naik ke rumahnya separas buku lali pada waktu Subuh dan sempat membawa masuk enam kambing dan beberapa ekor kucing ke dalam sebuah bilik di rumahnya.
Katanya paras air yang semakin meningkat dan arus laju membuatkan dia panik lantas berlari ke kedai makan berhampiran bersama anak bongsunya, Mohd Ruzman Wan Sulong, 30, abangnya, Bedolah Said, 80, serta tiga cucu yang tinggal bersama.
"Memang keadaan hura-hara ketika itu. Orang kampung semua lari ke kedai makan sebab air laju sangat. Kami berhimpit di dalam kedai itu sebab tidak tahu hendak pergi ke mana dan persekitaran masih gelap.
"Tidak sampai setengah jam, kedai itu pula dinaiki air hingga paras lutut namun tidak berapa lama kemudian seorang penduduk kampung bersama sebuah traktor datang ke kedai itu lalu memanggil warga emas dan kanak-kanak untuk naik bagi menyelamatkan diri ke Bukit Gemuroh," katanya yang ditemui Bernama di rumahnya hari ini.
Timah berkata keadaan di atas traktor yang dinaiki 20 orang itu sangat mencemaskan kerana penumpang terlalut padat dengan ada yang terpaksa berpaut pada palang besi kenderaan itu dan berpegangan sesama sendiri bagi mengelak daripada terjatuh.
Menurutnya ketika berada di atas Bukit Gemuroh pula, dia menyaksikan sebuah perahu yang sedang menyelamatkan penduduk terbalik namun sempat diselamatkan oleh sebuah bot lain.
Katanya dalam masa yang sama, anak keduanya Wan Shamsul Bahari Wan Sulong, 44, yang bergegas dari pekan Kuala Berang hampir hanyut ketika cuba meredah banjir pada paras dada untuk menuju ke rumahnya.
Namun Wan Shamsul Bahari sempat berpaut pada sebatang pokok kelapa di tepi jalan sebelum diselamatkan anggota penyelamat dengan menggunakan tali.
"Masa itu anak makcik (Wan Shamsul Bahari) mendapat maklumat bahawa rumah makcik hampir tenggelam melalui kumpulan WhatsApp keluarga. Dia pun risau dan terus bergegas ke rumah makcik. Rupanya ketika makcik dalam keadaan getir, dia juga hampir lemas untuk datang ke makcik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Penduduk Timah Said, 68, duduk termenung di serpihan dinding rumahnya yang tercabut akibat ditolak arus deras selepas kediaman mereka ditenggelami banjir di Kampung Bukit Gemuruh hari ini. - Foto BERNAMA

Program TVET, bunuh diri jadi tumpuan di Dewan Rakyat
Program TVET dan isu cubaan bunuh diri jadi antara tumpuan sidang dewan rakyat hari ini.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
29 lokasi ditetapkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk melihat anak bulan bagi penetapan permulaan Ramadan.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Banjir Johor beransur pulih
Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun.

Jiwa SME | Kuasa media sosial tarik pelancong ke pasar terapung
Daripada hanya sebatang sungai dalam sebuah kampung, kini ia bertukar wajah menjadi kawasan tarikan pelancong. Itu yang dilakukan oleh Azli Muhamad Noor yang menjadikan Kampung Pulau Tengah di Kubang Kerian, sebagai pasar terapung.

Terap pendekatan 'behavioural insights' untuk permudah jalankan perniagaan - Zafrul
MITI melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guy', guna nama Tun Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Agong harap Malaysia-Singapura tingkat kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Rumah terbakar: Wanita warga emas maut di Felca Lubuk Sireh
Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini.

Warga emas maut motosikal rempuh kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta.

Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri
"Cuba bayangkan kalau mangsa itu adalah ibu kamu sendiri yang direntap." - Hakim

Warga emas rugi RM426,450 diperdaya Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM426,450 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan jenayah dadah dan menipu seorang bergelar 'Datuk Seri'.

Polis gali semula kubur warga emas, disyaki wujud unsur jenayah
Setelah mendapat kebenaran Mahkamah Kulim, kerja penggalian semula kubur di Tanah Perkuburan Serdang dilakukan pada Jumaat.

Wanita warga emas rugi RM134,503 ditipu Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian RM134,503 kerana menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa dia membuat pembelian wang digital bitcoin dalam kejadian baru-baru ini.

Duit raya buat cucu hampir hangus
Robiah Waris, 64, berkata, wang berkenaan disimpan sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu untuk 18 orang cucunya yang berumur 8 bulan hingga 15 tahun.

SAR warga emas hilang dibawa arus deras disambung pagi tadi
Operasi pencarian dilakukan dengan cara menelusuri tebing sungai bermula dari tempat terakhir mangsa berada sehingga ke air terjun.

Banjir: Wanita warga emas naik traktor selamatkan diri ke bukit
Timah Said terpaksa mengharungi arus deras dan menaiki traktor untuk menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi.

Warga emas dilaporkan tidak pulang ke rumah ditemukan lemas dalam parit
Seorang wanita warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah malam tadi ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Betong dekat sini pada 11.54 pagi.