ALOR SETAR: Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa yang dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir akibat fenomena kepala air di kawasan Titi Hayun, Yan petang semalam, diteruskan pada 8.30 pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata tiga mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu merupakan antara 22 penduduk di kawasan berkenaan yang terjejas akibat bencana itu.
"Kejadian di Titi Hayun ini melibatkan 22 mangsa iaitu 16 mangsa selamat, dua lagi meninggal dunia, seorang cedera parah manakala tiga lagi masih belum dijumpai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata seramai 30 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi itu selain turut dibantu pasukan keselamatan lain antaranya polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.17 petang semalam mengenai kejadian banjir di kawasan Titi Hayun itu dan operasi mencari dan menyelamat segera digerakkan sebaik tiba di lokasi 11 minit kemudian.
Selain itu katanya, pihak bomba juga meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dikhuatiri hilang dalam kejadian sama di Salak Denai iaitu kawasan sekitar Batu Hampar, Yan dengan melibatkan kekuatan 20 anggota bomba.
Sementara itu, Mohamadul Ehsan berkata seramai 19 kakitangan The Jerai Hill Resort yang terperangkap di puncak Gunung Jerai masih tidak dapat dibawa turun berikutan laluan terhalang akibat tanah runtuh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Seramai 30 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir akibat fenomena kepala air semalam, selain turut dibantu pasukan keselamatan lain. - Gambar fail
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.
Hutan di R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar
Kebakaran melibatkan lalang di tepi jalan dan juga hutan di bukit setinggi 700 meter anggaran keluasan 10 ekar.
Hutan 0.8 hektar terbakar di Bukit Broga
Sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikerah ke lokasi kejadian.
Wanita warga emas maut dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan rumah jenis teres yang terbakar sekitar 60 peratus serta sebuah kenderaan.
Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan
Seorang remaja berusia 15 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air di sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Parit Shafie, di sini, semalam.
Sabah rekod 961 kes kebakaran terbuka sejak Januari hingga kini - Pengarah Bomba
Abdul Razak berkata jumlah direkodkan itu melibatkan kes kebakaran belukar, lalang, kebun, ladang, hutan, gambut di seluruh Sabah.
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.
Menantu, mentua maut kereta terjunam ke dalam laut
Mangsa dikenali sebagai Edwin dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou, ditemukan pasukan penyelamat pada kedalaman 12 meter.