MALAYSIA
Bank Dunia lancar kertas sokong pembaharuan dasar penuaan kebangsaan Malaysia
Malaysia sedang mengalami peralihan demografi yang pesat, dan negara ini diunjurkan beralih kepada status masyarakat menua menjelang pertengahan 2040-an. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Dunia hari ini melancarkan kertas berjudul "Perlukah Malaysia memperluas pencen sosialnya? Bukti global, isu pelan dan pilihan" bagi menyokong kerajaan dalam merangka pembaharuan dasar di bawah Agenda Penuaan Kebangsaan.
Pengurus Negara Bank Dunia Judith Green berkata Malaysia sedang mengalami peralihan demografi yang pesat, dan negara ini diunjurkan beralih kepada status masyarakat menua menjelang pertengahan 2040-an dan kemudiannya menjadi negara super-tua menjelang pertengahan 2050-an.
"Peralihan daripada masyarakat menua kepada negara super-tua ini akan berlaku pada kadar yang hampir sama seperti yang dapat diperhatikan di negara-negara Asia lain seperti China dan Jepun, tetapi jauh lebih pantas berbanding negara maju lain," katanya dalam ucapan alu-aluan pada majlis pelancaran kertas itu di sini hari ini.
Green berkata secara purata, jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah rendah dan kebiasaannya habis digunakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas pengeluaran.
Dalam keadaan ini, beliau berkata pencen sosial merupakan benteng pertahanan dan jaringan keselamatan terakhir dan sememangnya semakin banyak negara memperkenalkan atau memperluas pencen sosial mereka memandangkan berdepan dengan cabaran yang sama.
"Bukti global menunjukkan bahawa pencen sosial mempunyai kesan positif dalam mengurangkan kemiskinan. Malaysia bukan sahaja berdepan cabaran peralihan demografi, tetapi terdapat juga pengajaran berharga yang boleh dipelajari daripada pengalaman global dalam mereka bentuk semula dan mengembangkan pencen sosial," katanya.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan Bank Dunia Matthew Dornan berkata liputan pencen sosial yang lebih luas akan melengkapi skim caruman sedia ada negara seperti KWSP dan faedah pencen untuk penjawat awam, yang pada masa ini tidak merangkumi semua rakyat Malaysia atau memastikan simpanan persaraan yang mencukupi.
"Pencen sosial iaitu sokongan yang dibiayai melalui cukai untuk golongan warga emas, telah berjaya dilaksanakan di kira-kira 100 negara di seluruh dunia. Ia berfungsi sebagai jaringan keselamatan penting untuk mereka yang mempunyai simpanan persaraan tidak mencukupi atau langsung tiada simpanan," katanya.
Dornan berkata Malaysia sudah mempunyai sistem melalui Bantuan Warga Emas, tetapi pada masa ini ia hanya memberi manfaat kepada kira-kira empat peratus daripada golongan warga emas.
Beliau berkata hasil dapatan kertas itu adalah untuk meneliti sama ada skim itu wajar diperluaskan untuk merangkumi lebih ramai warga emas serta meneroka potensi timbal balik dasar yang mungkin timbul.
Bagaimanapun, beliau berkata kekangan fiskal kekal sebagai halangan utama kepada peluasan skim itu dan pelarasan seperti menaikkan umur kelayakan atau sokongan bersasar terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah boleh menjadikan inisiatif berkenaan lebih mampan.
"Pilihan reka bentuk seperti siapa yang layak, pada umur berapa dan berapa banyak bantuan yang diberikan akan menentukan kesan fiskal. Negara lain seperti Thailand dan Chile telah menggunakan model berbeza untuk mengimbangi kos dan perlindungan," katanya.
Dornan berkata pencen sosial perlu dilihat sebagai sebahagian daripada pembaharuan pencen yang lebih luas untuk memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai pendapatan yang mencukupi pada usia tua.
"Peluasan secara berperingkat boleh dilaksanakan jika reka bentuknya diurus dengan teliti. Dalam jangka masa panjang ia meningkatkan ruang fiskal Malaysia memandangkan nisbah cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar yang rendah, adalah penting untuk mengekalkan perlindungan sosial dan perkhidmatan awam yang lebih kukuh," tambahnya.
-- BERNAMA