awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Muamalat sah empat lagi pekerjanya positif COVID-19

Bernama
Bernama
20/10/2020
11:14 MYT
Bank Muamalat sah empat lagi pekerjanya positif COVID-19
Bank Muamalat dalam kenyataan berkata pekerja yang dijangkiti di cawangan Aeropod Commercial Square itu dirawat di sebuah hospital kerajaan.
KUALA LUMPUR:Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengesahkan empat lagi pekerjanya di cawangan Kota Kinabalu telah diuji positif COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan di cawangan itu kepada lima orang.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata pekerja yang dijangkiti di cawangan Aeropod Commercial Square sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.
Cawangan itu ditutup minggu lepas bagi membolehkan prosedur sanitasi dan pembersihan dijalankan selepas seorang pekerja disahkan positif COVID-19.
"Semua rakan sekerja yang telah berhubung secara langsung dengan pekerja terlibat telah diminta untuk kuarantin diri di rumah selama 14 hari, sehingga diberi pelepasan perubatan yang sewajarnya.
"Pengesanan kontak juga sedang dijalankan selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan," menurut bank itu.
Waktu perniagaan bagi cawangan terpilih telah diubah untuk beroperasi dari pukul 9.15 pagi hingga 3 petang sahaja. Ini bagi mengurangkan kemungkinan risiko kesihatan disebabkan oleh peningkatan jumlah kes COVID-19.
"Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa perniagaan terus beroperasi seperti biasa, dengan gangguan yang minimum di samping menjaga keselamatan sebagai keutamaan," tambahnya.
Untuk maklumat lanjut, boleh lawati www.muamalat.com.my atau hubungi 03-2600 5500.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Muamalat
#Pekerja
#positif COVID-19
#COVID-19
#bank muamalat kota kinabalu
#Aeropod Commercial Square
#kontak rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan