awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantah GST: 'KPN, siapa tak bertamadun sebenarnya?'

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
24/03/2015
06:27 MYT
Bantah GST: 'KPN, siapa tak bertamadun sebenarnya?'
"Bagaimana dia boleh dakwa kami tidak bertamadun apabila kami berunding secara aman semalam bersama OCPD Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim." -Gambar fail
Peserta perhimpunan Duduk dan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan tindakan mereka di Pejabat Kastam Kelana Jaya sebagai 'tidak bertamadun'.
Bendahari Persatuan Sosialis Malaysia (PSM) A. Sivarajan berkata mereka keliru apabila Khalid dikatakan mendakwa mereka menceroboh bangunan pejabat Kastam sedangkan mereka hadir secara aman apabila ke Kaunter Pertanyaan di pejabat itu semalam.
Selain itu, tambahnya, Khalid juga tidak patut menyembunyikan tindakan kasar pihak polis yang menahan lebih 80 individu semalam, kata Sivarajan.
"Sebenarnya pihak polis yang bertindak secara tidak bertamadun. Mereka (polis) yang menarik, menumbuk, mencampak (peserta bantah GST) ke dalam Black Maria.
"Kami rasa sangat kecewa; kami pula didakwa menceroboh. Ini tidak boleh diterima.
"Bagaimana dia boleh mendakwa kami tidak bertamadun apabila kami berunding secara aman semalam bersama OCPD Petaling Jaya ACP Azmi Abu Kassim untuk berjumpa dengan Pengarah Kastam, Abdul Ghani untuk menjawab soalan-soalan kami," kata Sivarajan.
Sivarajan mengulas satu kenyataan Khalid semalam di The Star Online yang menyifatkan tindakan mereka yang menyertai protes GST semalam sebagai 'tidak bertamadun'.
Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam satu perhimpunan yang mendesak 25 tahanan polis dibebaskan sebelum ditahan reman di hadapan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor.
Antara yang dipercayai ditahan ialah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, dan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar.
Mereka berkemungkinan akan ditahan reman di bawah Seksyen 143, 353, 186 Kanun keseksaan.
Pada kira-kira jam 11.40 pagi, jumlah mereka yang berhimpun di hadapan IPD Shah Alam meningkat kepada kira-kira 50 orang.
Beberapa orang pegawai polis masih mengawal secara ketat di pintu masuk IPD itu sejak pagi tadi.
Turut menyertai perhimpunan adalah penyokong PAS, PSM dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Topic Berkaitan
#bantah
#GST
#kastam
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#perhimpunan Duduk dan Bantah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan