Bantah ICERD: Peserta himpunan mula penuhi Masjid Jamek

Sinar Harian
November 4, 2018 08:02 MYT
Himpunan yang setakat ini dihadiri kira-kira 500 orang anjuran Pemuda Umno dan Pemuda Pas itu dijangka akan menerima lebih ramai peserta. - Foto Bernama
Peserta Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mula memenuhi pekarangan Masjid Jamek, sini sejak jam 12 tengah hari.
Himpunan yang setakat ini dihadiri kira-kira 500 orang anjuran Pemuda UMNO dan Pemuda Pas itu dijangka akan menerima lebih ramai peserta.

Antara pemimpin yang telah hadir adalah Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Laungan kalimah Allahuakbar turut dilaungkan sekumpulan peserta.
Dijangka, perserta akan berarak ke pusat beli-belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

#Abdul Hadi Awang #Bantahan #ICERD #PAS #PBB #pemuda #Pemuda UMNO #perhimpunan #UMNO