MALAYSIA
Banteras jenayah rentas sempadan, APMM perkukuh pengawasan di perairan Pulau Pinang
Mohd Zawawi berkata kedudukan Pulau Pinang yang hampir dengan Indonesia juga menjadikannya lokasi tumpuan sindiket sebagai laluan masuk dan keluar sebelum kegiatan jenayah tersebut dibawa ke negara lain. - Gambar Facebook JBPM
GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memperkukuh pengawasan di perairan Pulau Pinang termasuk penambahan aset berkeupayaan tinggi dan pemantauan di lokasi strategik bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Ringkasan AI
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Pulau Pinang Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata negeri itu sering dijadikan pusat transit untuk jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran dan dadah berikutan kedudukannya yang berdekatan perairan antarabangsa.
Beliau berkata kedudukan Pulau Pinang yang hampir dengan Indonesia juga menjadikannya lokasi tumpuan sindiket sebagai laluan masuk dan keluar sebelum kegiatan jenayah tersebut dibawa ke negara lain.
"Hasil operasi dan risikan sebelum ini menunjukkan terdapat beberapa kes penyeludupan migran yang menjadikan perairan Pulau Pinang sebagai laluan pilihan terutama oleh sindiket dari kawasan utara Selat Melaka.
''Kedudukan Pulau Pinang sebagai kawasan transit turut menjadikan negeri itu berisiko terhadap aktiviti penyeludupan dadah, migran dan pelbagai jenayah laut lain sebelum dihantar ke negara jiran termasuk Australia,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara APMM dan Australian Boarder Force (ABF) bagi mempertingkatkan operasi, pertukaran maklumat dan kesiapsiagaan penguatkuasaan dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan kedua-dua negara di Majlis Penutup Operasi Redback Siri 21/2025, di sini hari ini.
Mohd Zawawi berkata pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa laluan masuk sindiket iaitu kawasan perairan Balik Pulau dekat sini dan Kuala Muda serta Nibong Tebal di tanah besar.
Menurutnya risikan mendapati kebanyakan sindiket memilih mendarat di tanah besar bagi mengelakkan kawalan ketat di bahagian pulau.
''Kalau ikutkan, sindiket lebih suka terus ke tanah besar kerana kalau 'landing point' dekat bahagian pulau, mereka akan berdepan pelbagai halangan termasuk pemeriksaan agensi penguat kuasa dan laluan jambatan. Sebab itu tangkapan dadah banyak dibuat di tanah besar," katanya.
Beliau berkata APMM juga merancang untuk penambahan aset berkeupayaan tinggi seperti bot lebih besar di Pulau Pinang bagi menangani jenayah rentas sempadan dan pencerobohan bot nelayan Indonesia ke perairan negara.
APMM katanya turut memperkukuh pengawasan di semua laluan strategik termasuk Pulau Pinang agar dapat membanteras sindiket yang menjadikan negeri itu sebagai transit rentas sempadan.
"Kita dalam proses menilai aset lebih berkemampuan untuk diletakkan di Pulau Pinang supaya rondaan di sempadan perairan negara dapat dibuat dengan lebih berkesan dan radar di Pulau Perak turut memantau pergerakan bot dari Acheh dan kawasan lain membantu operasi, namun ia idak meliputi Pulau Pinang sepenuhnya,'' katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- APMM memperkukuh pengawasan di perairan Pulau Pinang untuk membanteras jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran dan dadah.
- Pulau Pinang dianggap pusat transit jenayah rentas sempadan disebabkan kedudukannya yang berdekatan perairan antarabangsa.
- APMM merancang penambahan aset berkeupayaan tinggi seperti bot lebih besar di Pulau Pinang untuk meningkatkan keberkesanan pengawasan terhadap jenayah rentas sempadan.