MALAYSIA
Banteras rasuah: "Akan ada 'suara' pertikai dalam setiap kes berprofil tinggi" - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemerhatian rapi dibuat ke atas semua ahli Kabinet dan setiap jentera kerajaan bagi mengekang sebarang tindakan penyelewengan. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu berkaitan pecah amanah masih mengakar di dalam institusi negara, meskipun perkembangan semasa dilihat memberangsangkan.
Ringkasan AI
Jelasnya, pemerhatian rapi dibuat ke atas semua ahli Kabinet dan setiap jentera kerajaan bagi mengekang sebarang tindakan penyelewengan.
“Setakat ini kita telah melalui (membanteras rasuah) semua ‘big guns’, termasuk bekas perdana menteri dan bekas menteri.
“Bagaimanapun, dalam kalangan pemimpin politik termasuk pembangkang, kelihatan kurang sokongan ke atas tekad kita ini.
"Malah setiap kali kita menyentuh pemimpin besar atau taikun penting dalam usaha memerangi rasuah, akan ada 'suara' yang mempertikaikan keputusan itu," ulas Anwar mengenai cabaran dihadapi dalam membanteras salah laku berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri lawatan pembukaan rasmi Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP), di sini, pada Sabtu.
Tambah Anwar, peranan agensi penguatkuasaan dalam usaha ini wajar diberikan pujian, namun ia belum memadai bagi menamatkan korupsi yang disifatkan sebagai sistemik, bukan sekadar endemik.
"Saya memuji sumbangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen serta agensi lain yang terlibat.
"Jika dibandingkan dengan beberapa tahun sebelumnya, keberkesanan penguatkuasaan kita menunjukkan peningkatan. Tetapi kita masih ada isu besar di hadapan kita.
"Pendirian saya jelas, mesej saya juga jelas, kita akan teruskan usaha (memerangi korupsi) ini," kata Anwar.
Pada penghujung Disember 2025, seorang bekas menteri disiasat SPRM kerana didakwa menerima rasuah berkaitan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.
Selain itu, pada Oktober 2025, wang tunai lebih RM169 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilucutkan hak menjadi harta kerajaan.
Ahli Parlimen Bera itu disiasat SPRM berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan pelbagai mata wang asing serta jongkong emas.
Baru-baru ini, bekas Setiausaha Politik Kanan Anwar sendiri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin didakwa atas pertuduhan rasuah daripada seorang ahli perniagaan, Albert Tei.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu pecah amanah masih menjadi cabaran dalam institusi negara, walaupun usaha membanteras rasuah telah dilakukan termasuk terhadap bekas perdana menteri dan menteri.
- Peranan agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan LHDN dipuji oleh Anwar, namun beliau menyatakan bahawa usaha ini masih tidak mencukupi dalam menangani korupsi yang dianggap sistemik.
- Beberapa insiden penting termasuk siasatan terhadap bekas menteri, pemulihan wang tunai bekas Perdana Menteri, turut menjadi sorotan dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia.