[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Bantu jejak Nur Hidayah, kanak-kanak perempuan hilang di kawasan perumahan

Asyraf Roslan 17/04/2019 | 05:09 MYT
Nur Hidayah Zahid Hussin dipercayai hilang di kawasan rumahnya, No 262, Tingkat 1 Jalan Jujur Kanan 6 Taman Jujur Sikamat, Seremban - Gambar Astro AWANI
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dipercayai hilang berdekatan rumahnya.
Menurut satu kenyataan polis, Nur Hidayah Zahid Hussin dipercayai hilang di kawasan rumahnya, No 262, Tingkat 1 Jalan Jujur Kanan 6 Taman Jujur Sikamat, Seremban.
Laporan polis telah dibuat pada Isnin, selepas menyedari kehilangan kanak-kanak itu.
Nur Hidayah berketinggian 130sm dan berbadan sederhana gempal.
BACA: Kanak-kanak lapan tahun, Muhammad Zahiruddin hilang selepas keluar bermain
Warna kulit Nur Hidayah pula berwarna kuning langsat dan dipercayai ada kesan parut dimukanya kerana terkena getah mangga.
Kanak-kanak itu juga dikatakan selalu memakai jubah sebagai pakaian harian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Hidayah diminta untuk menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
Nur Hidayah Zahid Hussin, berusia 8 tahun dipercayai hilang berdekatan rumahnya
#hilang #Kanak-kanak #mangsa #Nur Alert #Nur Hidayah Zahid Hussin #polis #Seremban #Talian Nur