awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Awal Persekolahan diagih mulai 17 Jan

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
14/01/2022
03:08 MYT
Bantuan Awal Persekolahan diagih mulai 17 Jan
KPM memaklumkan bantuan ini akan memanfaatkan 3 juta penerima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang bakal memasuki Tahun 2 hingga Tingkatan 5 pada 21 Mac depan bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 bakal dilaksanakan mulai 17 Januari ini.
Jelas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bantuan ini akan memanfaatkan 3 juta penerima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Dalam kenyataannya pada Jumaat, bantuan ini akan diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 yang layak.
Jelas KPM, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.
Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini.
Pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.
KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa dan penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#sekolah
#bantuan awal persekolahan
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan