KOTA MARUDU: Pengagihan bantuan kewangan serta bantuan lain kepada mangsa banjir di Sabah dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan hubungan rapat antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata sehubungan itu adalah penting untuk mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan suara kesusahan rakyat sentiasa didengari.
"Dalam pengurusan banjir dan bencana, kerajaan Persekutuan memiliki kuasa tertinggi dari segi penyaluran bantuan kewangan dan perkhidmatan menerusi pelbagai agensi.
"Di sini, bantuan tunai RM1,000 kepada setiap isi rumah diagihkan dalam tempoh sekitar tiga minggu," katanya dalam kenyataan selepas menghadiri program penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Komuniti Kora Marudu di sini hari ini.
Sejumlah 1,161 isi rumah terkesan dengan kejadian banjir di Kota Marudu baru-baru ini, dan 332 daripadanya telah menerima bantuan kewangan berkenaan sebelum ini manakala selebihnya menerima bantuan tersebut hari ini.
Ongkili berkata kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM1.4 bilion bagi meringankan beban mangsa banjir di enam negeri termasuk Sabah, dengan setiap isi rumah menerima RM10,000 hingga RM61,000, bergantung kepada keseriusan kerugian yang dialami.
Beliau seterusnya berkata Pejabat Daerah di sini menganggarkan kerugian kira-kira RM46 juta dialami di sini akibat banjir baru-baru ini, dan kerajaan telah memperuntukkan RM24 juta untuk kerja-kerja pembaikan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

Ongkili berkata sehubungan itu adalah penting untuk mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan suara kesusahan rakyat sentiasa didengari. - Gambar fail

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Pentagon dakwa laporan tentang UFO meningkat dalam tempoh 20 tahun
Pentagon tidak mengesan sebarang perkara yang menyarankan bahawa fenomena itu membuktikan kehadiran sesuatu yang bukan dari alam semesta ini.

Beg Plastik | Perak bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exconya, Akmal Kamarudin berkata satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Rasuah | Pegawai JAKOA mengaku tidak bersalah
Seorang penolong pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300 pada Januari.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun
Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Jun.

Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Mayat lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan.

AWANI Ringkas: IP masih diperlukan walaupun AP mansuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

1,677 usahawan AIM, Tekun terima Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Ia khusus untuk mangsa banjir besar Disember tahun lalu dan banjir pada Feb 2022 yang melanda Pahang, Kelantan dan Terengganu.

2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.

RM1.7 juta diperuntuk kepada mangsa banjir di Terengganu - Idris
Lebih 7,000 isi rumah terjejas banjir di negeri itu bakal terima pelbagai bentuk bantuan termasuk wang tunai dan barangan keperluan harian.

Isu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Mohamad bertanya mengenai langkah Malaysia bersama ASEAN dalam menangani isu China yang dikatakan sering menceroboh perairan negara.

Kurangkan birokrasi pemberian bantuan banjir - Noh Omar
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar meminta agar prosedur pengesahan pemberian bantuan banjir dapat dikurangkan, bagi mengatasi masalah kelewatan pemberian bantuan itu kepada ma

Mangsa banjir akan terima bantuan bernilai hampir RM10,000 - Perdana Menteri
Ismail Sabri mengumumkan perkara itu ketika melakukan lawatan dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23 di sini, pada Rabu.

Banjir: PM ke Pantai Timur esok, bakal umum bantuan
Dalam lawatan itu, beliau akan mengumumkan bantuan-bantuan yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Banjir: Penggunaan dron untuk operasi menyelamat lebih efektif - Polis
Penggunaan dron ketika operasi menyelamat dan tinjauan di lokasi bencana banjir terutama di kawasan yang sukar dimasuki dilihat sangat efektif.

Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.

Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif diterima secara dalam talian
Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif dengan nilai anggaran tuntutan RM5.47 juta diterima daripada mangsa banjir di seluruh negara.