MALAYSIA
Bantuan ke Gaza: PM Anwar saran NGO fokus bantuan, bukan jumlah sukarelawan
Menurut Anwar, terdapat ramai rakyat Palesitn yang berkelayakan dalam usaha pembangunan semula Gaza namun usaha mereka terbatas akibat kekurangan peralatan dan kemudahan asas. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membantu warga Palestin perlu memberi tumpuan kepada persiapan kelengkapan bantuan.
Ringkasan AI
Beliau menegaskan, usaha itu penting supaya kehadiran sukarelawan tidak membebankan warga Gaza dengan jumlah kehadiran yang terlalu ramai.
“Jadi saya dah ingatkan kepada NGO nak bantu, bantu cara persiapan di sini, jangan bebankan semua nak pergi…Saya tengok yang daftar nak pergi, sudah beribu orang jadi tak boleh,” katanya.
Tambah beliau, terdapat ramai rakyat Palesitn yang berkelayakan dalam usaha pembangunan semula Gaza namun usaha mereka terbatas akibat kekurangan peralatan dan kemudahan asas.
“Dia yang berkelayakan, yang tiada pekerjaan ramai…bagi bantuan supaya dia sempurnakan tanggungjawab dia…kalau esok dia perlukan kita boleh runding semula.
“Jika doktor, malah jurutera mereka cukup tenaga dan terlatih…yang mereka perlukan ialah kemudahan,” katanya semasa ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus PPAM Seruling di sini, hari ini.
Beliau turut mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai NGO pada Rabu lalu.
Anwar turut memaklumkan akan memberi cadangan kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi berhubung pintu Rafah yang dijangka dibuka pada Ahad ini.
“Dia (Abdel Fattah El-Sisi) akan menelefon saya dalam sekitar jam dua dan di situ saya akan sampaikan beberapa pandangan lain supaya bila Rafah dibuka ruang untuk kita bagi bantuan kemanusiaan,” katanya.
Ringkasan AI
- PM Anwar gesa NGO fokus kepada persiapan bantuan di Malaysia, bukan menghantar terlalu ramai sukarelawan ke Gaza bagi elak beban kepada penduduk.
- Rakyat Palestin berkelayakan sedia membantu, namun kekurangan peralatan dan kemudahan asas; bantuan perlu disalurkan untuk sokong usaha mereka.
- Anwar akan bincang dengan Presiden Mesir mengenai pembukaan pintu Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan.