awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Keluarga Malaysia: Pendaftaran baharu, kemas kini dibuka hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2022
03:54 MYT
Bantuan Keluarga Malaysia: Pendaftaran baharu, kemas kini dibuka hari ini
Tengku Zafrul berkata, penerima BKM sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat kini berpeluang membuat pengemaskinian. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka selama sebulan mulai hari ini (1 Jan) sehingga 31 Jan 2022.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.
Pada masa sama, penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat pengemaskinian.
Jadual Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
Jadual Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
"Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion, iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada 2021.
"Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Data tersebut merangkumi:
1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021; 2. Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021; 3. Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin; 4. Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#bantuan prihatin rakyat
#Bantuan Keluarga Malaysia
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan