awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan kemanusiaan gempa bumi Asia Selatan

Bernama
Bernama
31/10/2015
02:17 MYT
Bantuan kemanusiaan gempa bumi Asia Selatan
Gempa bumi berskala richter 7.5 telah melanda Asia Selatan dan telah menyebabkan lebih 250 orang maut. - Foto fail/ EPA
Agensi Bantuan Malaysia (MRA) merayu orang ramai tampil membantu mangsa gempa bumi yang melanda Asia Selatan Isnin lepas.
Setiausaha Agung MRA Dr Mohd Daud Sulaiman berkata keperluan mendesak yang amat diperlukan di lapangan ketika ini ialah makanan dan pakaian musim sejuk.
"MRA telah menghubungi wakil kami di lapangan dan bantuan kemanusiaan akan disalurkan dengan kadar segera kepada penduduk yang terjejas akibat gempa bumi itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Isnin lepas, gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 skala Ritcher melanda Asia Selatan mengakibatkan lebih 350 orang terkorban dan ribuan kehilangan tempat tinggal serta kemusnahan harta benda.
Gempa bumi yang melanda Pakistan dan Afghanistan itu dipercayai berpusat di Banjaran Hindu Kush dan gegaran turut dirasai sehingga ke Tajikistan, Turkmenistan dan Kyrgyzstan.
Mohd Daud berkata lebih memburukkan keadaan, rantau Asia Selatan kini mengalami musim sejuk di mana separuh kawasan telah mula dilitupi salji dan ia amat menyukarkan kerja penghantaran bantuan ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi itu.
Dana bantuan boleh disalurkan ke Akaun Maybank MRA - 5640 9820 6365 atau menghubungi Sekretariat MRA di talian 03-91744672.
Topic Berkaitan
#agensi bantuan malaysia
#Asia Selatan
#gempa bumi
#mohd daud sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan